Thursday 31 January 2013

LATIHAN 1 MALAYSIA-VARIASI KUSYEN HIASAN

Kumpulan tenaga pengajar Kogiat Melaka Berhad telah mengendalikan Latihan 1 Malaysia-Variasi Kusyen Hiasan di Giatmara Masjid Tanah, Melaka. Latihan kemahiran ini telah dijalankan pada 26-27 Januari 2013 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Bilik Mesyuarat Giatmara Masjid Tanah. Seramai 17 orang telah menyertai kursus kemahiran dan menghasilkan dua jenis produk iaitu Kusyen Donut dan Kusyen Labu. Selain menyampaikan ilmu baru kepada para peserta, kumpulan tenaga pengajar juga menekankan aspek anggaran kos dan promosi supaya peserta boleh menjual produk ini.

 

























 



Terima kasih kepada kakitangan Kogiat Melaka Berhad yang berusaha keras untuk menyelaras perjalanan kursus ini. Tidak lupa kepada Giatmara Masjid Tanah kerana menyediakan kertas kerja, para peserta yang dedikasi dan positif serta kumpulan tenaga pengajar yang terlibat. Kepada individu yang berminat untuk menyertai Latihan 1 Malaysia: Kasut Manik pada 2-3 Februari 2013, boleh hubungi pejabat Kogiat Melaka Berhad di talian 062836667. Semoga berjumpa di lain waktu.












Wednesday 2 January 2013

LATIHAN 1 MALAYSIA

Koperasi dijangka akan menjalankan dua modul Latihan 1 Malaysia di Giatmara Masjid Tanah, Melaka. Modul pertama yang akan dijalankan pada 19-20 Januari 2013 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas dijangka bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Modul tersebut ialah Modul Variasi Kusyen Hiasan. Dalam modul ini, peserta akan menghasilkan dua jenis kusyen iaitu:
1. Kusyen donut
2. Kusyen labu 

Manakala bagi Modul Manik Kasut, peserta akan diajar bagaimana untuk menjahit manik bagi kasut yang biasa dipakai oleh etnik Baba & Nyonya. Pelbagai teknik untuk mengendalikan alat dan bahan agar dapat menghasilkan produk yang kemas akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Modul ini dijangka akan dilaksanakan pada 26-27 Januari 2013. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang di Giatmara Masjid Tanah. Bagi bakal peserta yang berminat, boleh berhubung terus dengan Pejabat Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad di talian 062836667

Kusyen donut