MAKLUMAT ORGANISASI
PENDAHULUAN
Terdapat
beberapa perkara yang akan dibentangkan dalam bahagian Maklumat Organisasi kali
ini. Ianya seperti keahlian Ko-GIPMA, Lawatan Maktab Koperasi Malaysia, Sistem
Pengurusan Berkomputer Angkasa, Geran Elaun Pengurus dan Kumpulan Wang Rizab
Statutori.
KO-GIPMA
Koperasi
telah menjadi ahli kepada Koperasi Gabungan Institut Pendidikan MARA yang telah
didaftarkan pada 25 Ogos 2012. Koperasi gabungan ini beralamat di Tingkat 23
Bahagian Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609
Kuala Lumpur. Mempunyai 12 orang anggota lembaga, koperasi kita menyandang
jawatan timbalan pengerusi. Berikut merupakan senarai ALK yang telah dilantik
pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua pada 30 Jun 2011.
LAWATAN
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
Pada
24-28 September 2012, homestay koperasi telah dilawati oleh sejumlah 42 orang
peserta dari Kursus Padanan Perniagaan. Dalam sesi lawatan ini, para peserta
telah diberi penerangan lanjut tentang aktiviti homestay koperasi dan lain-lain
aktiviti perniagaan yang sedang dan telah dijalankan. Diharap pada masa akan
datang, koperasi-koperasi lain beroleh idea-idea baru bagi memulakan
perniagaan.
SISTEM
PENGURUSAN BERKOMPUTER ANGKASA
Bagi
memastikan pengurusan koperasi terutama sekali kewangan berada di tahap yang
baik, pada 14 Jun 2012 koperasi telah memohon kepada Angkasa untuk menggunakan
Sistem Pengurusan Berkomputer Angkasa (SPBA). Sehingga 17 Disember 2012,
akaun-akaun koperasi telah dikemaskini dengan bantuan Penolong Pegawai
Pra-Audit Angkasa. Selain sistem yang dapat dikemaskini, koperasi dapat
mengurangkan kos penjanaan penyata kewangan kerana sistem ini boleh digunakan
secara percuma untuk 3 tahun pertama.
GERAN
ELAUN PENGURUS
Pada
23 Oktober 2012, permohonan Geran Elaun Pengurus dari Suruhanjaya Koperasi
Malaysia telah diluluskan. Geran ini berjumlah RM 9600.00 dan akan dikreditkan
ke dalam akaun koperasi setiap 4 bulan. Dengan adanya geran ini maka kos
operasi untuk bayaran gaji pengurus bagi tempoh setahun dapat dikurangkan.
KUMPULAN
WANG RIZAB STATUTORI
Akaun
Simpanan I-Tawfir Bank Rakyat telah menjadi pilihan anggota lembaga bagi
menyimpan Kumpulan Wang Rizab Statutori. Pada 29 Oktober 2012, kumpulan wang
yang berjumlah RM 623.30 telah dimasukkan. Bagi sebarang urusan rasmi akaun bagi
kumpulan wang ini ada 3 pegawai yang bertanggungjawab iaitu pengerusi,
setiausaha dan bendahari anggota lembaga.
No comments:
Post a Comment