Friday 28 December 2012

KURSUS ASAS MEMBANGUNKAN BLOG MKM

Pada 26-28 Disember 2012, koperasi telah menghantar 2 orang peserta untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini dijalankan di Makmal Komputer 2, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tujuan utama koperasi menghantar peserta mengikuti kursus ini ialah bagi melaksanakan aktiviti perniagaan atas talian pada tahun-tahun akan datang.

Gambar peserta bersama Pensyarah MKM

Cik Siti Latifah (ALK) sedang membangunkan blog

Thursday 27 December 2012

KOGIAT MELAKA: PERMULAAN & MENITI FASA PEMBANGUNAN

Sejak mula ditubuhkan sebagai entiti berhad pada 15 Jun 2012, koperasi telah melalui beberapa fasa yang menyaksikan koperasi berdiri seperti sekarang. Bermula dari pengubahsuaian ruang pejabat, koperasi membesar sedikit demi sedikit dibantu komitmen ALK, anggota, staf, MARA, Giatmara Sdn. Bhd. MKM, SKM dan ANGKASA. Adalah menjadi satu cabaran yang sangat besar bagi koperasi menjalankan aktiviti perniagaan dalam keadaan yang serba kekurangan pada tahun pertama penubuhan.


LAWATAN PADANAN PERNIAGAAN MKM

Pada 26 September 2012, koperasi telah menerima seramai 42 peserta bagi Lawatan Padanan Perniagaan MKM. Para peserta telah dibawa melawat ke salah satu rangkaian homestay koperasi yang terletak di jalan Parit Pendekar, Kampung Sebatu, Merlimau.

TENAGA PENGAJAR & LATIHAN KEMAHIRAN

Bagi merancakkan aktiviti koperasi untuk masa akan datang, koperasi telah melantik sekumpulan tenaga pengajar yang berpengalaman bagi melaksanakan projek latihan kemahiran. Latihan kemahiran ini bersifat 'mobile' dan boleh diadakan di mana-mana dan disertai oleh maksimum seramai 15 orang peserta.


Terdapat lebih 10 jenis modul iaitu anyaman gelang, manik kasut, variasi kusyen hiasan, variasi kusyen sofa, sulam riben & benang, kotak cenderahati & bakul nyonya, skirting meja banquet & sarung kerusi banquet, table runner & sarung kusyen, kraftangan felt dan sebilangan modul lagi yang sedang dibangunkan oleh kumpulan tenaga pengajar.


Sejumlah bayaran bagi kos tenaga pengajar dan bahan akan dikenakan. Bagi individu dan kumpulan yang berminat, boleh hubungi pejabat koperasi untuk keterangan lanjut.



Wednesday 26 December 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA

Mesyuarat Agung Tahunan kali Kedua telah diadakan pada Jun 2012. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Seminar Giatmara Negeri Melaka.

Dalam mesyuarat kali ini, para anggota telah hadir dan terdapat beberapa aturan aktiviti yang telah diluluskan. Menyuarat ini juga menyaksikan perlantikan semula 2 ALK lama bagi meneruskan tempoh perkhidmatan mereka.


MELAKSANAKAN KAJIAN IMPAK PERANTISAN GIATRAMA-EPU FASA 2

Salah satu projek atau aktiviti perniagaan yang telah dijalankan oleh koperasi ialah Kajian Impak Perantisan Giatmara-EPU Fasa 2. 

Koperasi telah menjalankan kajian terhadap 177 orang perantisan dan entiti yang telah menjalani dan menjalankan latihan Perantisan Giatmara-EPU Fasa 2. Kajian ini dijalankan melalui kaedah mengisi borang kajiselidik.



Pada akhir Ogos 2012, koperasi telah berjaya menjalankan kajian sepenuhnya dan telah menghantar semua data kepada Giatmara Sdn. Bhd.