Pada 26-28 Disember 2012, koperasi telah menghantar 2 orang peserta untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini dijalankan di Makmal Komputer 2, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tujuan utama koperasi menghantar peserta mengikuti kursus ini ialah bagi melaksanakan aktiviti perniagaan atas talian pada tahun-tahun akan datang.
|
Gambar peserta bersama Pensyarah MKM |
|
Cik Siti Latifah (ALK) sedang membangunkan blog
Perniagaan atas talian ini akan digunakan untuk menjana lebih banyak pendapatan dan sebagai platform untuk memasarkan produk-produk keluaran anggota. Aturan bagi perniagaan atas talian telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua. Oleh yang demikian, diharapkan pada masa akan datang, produk-produk anggota boleh dipasarkan dengan lebih luas lagi. |
|
Antara produk yang dihasilkan oleh anggota |
No comments:
Post a Comment