Sejak mula ditubuhkan sebagai entiti berhad pada 15 Jun 2012, koperasi telah melalui beberapa fasa yang menyaksikan koperasi berdiri seperti sekarang. Bermula dari pengubahsuaian ruang pejabat, koperasi membesar sedikit demi sedikit dibantu komitmen ALK, anggota, staf, MARA, Giatmara Sdn. Bhd. MKM, SKM dan ANGKASA. Adalah menjadi satu cabaran yang sangat besar bagi koperasi menjalankan aktiviti perniagaan dalam keadaan yang serba kekurangan pada tahun pertama penubuhan.
Namun setelah dua tahun berlalu, koperasi kini menerima kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan berdasarkan kemampuan dan reputasi menjalankan kerja-kerja berkenaan. Bagi Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 yang akan datang, umum akan menyaksikan pengagihan kuasa pentadbiran dan membuat dasar. Semoga koperasi terus maju dan menerima sokongan yang tidak berbelah-bagi dari para anggota terutamanya.
No comments:
Post a Comment