Kogiat Melaka Berhad merancang mengadakan Latihan 1 Malaysia pada Mac 2013 untuk modul2 berikut:
1. Gubahan hantaran
2. Kraftangan felt
3. Manik 3D
4. Sulaman riben & benang
Kursus dijangka akan diadakan di Pejabat Kogiat Melaka Berhad, Tingkat
4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Inbox maklumat di facebook seperti nama,
alamat, no k/p dan no. fon sekiranya berminat atau hubungi 062836667
(Cik Nurul). Kelas akan diadakan dari jam 8.30 pg-5.00 ptg. Sabtu &
Ahad.
Tuesday 26 February 2013
Monday 18 February 2013
KOPERASI & PENGURUSAN AKAUN
Sepanjang tempoh 2 tahun penubuhan Kogiat Melaka Berhad, pengurusan akaun adalah perkara yang paling mencabar. Penyediaan akaun bukan semata-mata urusan keluar masuk wang tetapi integriti dan penyediaan penyata kewangan. Pada awal tahun penubuhan, Kogiat Melaka Berhad menyediakan penyata kewangan dengan bantuan berbayar pada kadar yang berpatutan. Kami turut diundang ke Klinik Akaun anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Melaka) agar pengurusan akaun dan penyediaan penyata kewangan dapat disiapkan dengan tepat.
Ramai individu yang tidak bersama dalam gerakan koperasi, kurang mengambil berat peri penting penyediaan penyata kewangan. Sebenarnya penyediaan penyata kewangan berkait rapat dengan mesyuarat agung tahunan bilamana anggota patut menerima laporan tahunan yang di dalamnya terkandung penyata kewangan yang telah diaudit oleh juruaudit yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tahunan yang terdahulu Notis Mesyuarat Agung UUK 28 (2) (c). Oleh yang demikian tidak boleh tidak, koperasi mesti menyediakan penyata kewangan yang telah siap diaudit untuk diedarkan kepada anggota sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu sebelum mesyuarat agung tahunan bermula.
Rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana Penyata Kewangan Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad Bagi Tahun Berakhir 2012 telah sedia untuk diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Melaka). Terima kasih juga kepada ANGKASA kerana telah menyediakan SPBA (Skim Pengurusan Berkomputer ANGKASA). Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad yang merupakan anggota ANGKASA pada 15 Mac 2012 telah memanfaatkan SPBA ini dan ia membantu mempercepatkan penyediaan penyata kewangan 4 bulan lebih awal. Bagi mesyuarat agung tahunan kali ini pula, kali pertama Kogiat Melaka Berhad akan menggunakan SISMA pula! SISMA juga disediakan oleh ANGKASA. Semoga tahun 2013 akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Setiausaha
Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad
Klinik Akaun: 3&4 Julai 2012 |

Wednesday 6 February 2013
LATIHAN 1 MALAYSIA-MANIK KASUT
LAPORAN
LATIHAN 1 MALAYSIA: MANIK KASUT
Sabtu
2
Februari 2013
Kelas
bermula pada jam 8.45 pagi selepas sesi pendaftaran. Peserta memulakan gerak
kerja dengan memotong design dan menjelujur pada fabrik. Kemudian, peserta
diberitahu tentang teknik jahitan yang kemas dan kukuh. Para peserta juga
ditaklimatkan berkenaan penggunaan warna yang terdapat pada design. Gerak kerja
menjahit manik adalah proses yang paling lama dan peserta melakukannya hingga
akhir kelas.
3 Februari
2013
Gerak kerja menjahit manik pada design diteruskan.
Kebanyakkan peserta telah menyiapkan 1 dari 2 design. Teknik jahitan yang kemas
berjaya diaplikasikan oleh peserta. Peserta pertama memulakan jahitan manik pada design kedua sekitar jam 9
pagi. Di akhir kelas, peserta dengan bimbingan tenaga pengajar telah menganggar kos bahan, upah dan jualan. Peserta juga panduan mengenai tempat dan cara untuk memasarkan hasil kerja mereka.
Disediakan
oleh:
Puan
Nur Hafizah binti Karim
Ketua
Tenaga Pengajar
Koperasi
Usahawan Giatmara Melaka Berhad
Subscribe to:
Posts (Atom)