LAPORAN
LATIHAN 1 MALAYSIA: MANIK KASUT
Sabtu
2
Februari 2013
Kelas
bermula pada jam 8.45 pagi selepas sesi pendaftaran. Peserta memulakan gerak
kerja dengan memotong design dan menjelujur pada fabrik. Kemudian, peserta
diberitahu tentang teknik jahitan yang kemas dan kukuh. Para peserta juga
ditaklimatkan berkenaan penggunaan warna yang terdapat pada design. Gerak kerja
menjahit manik adalah proses yang paling lama dan peserta melakukannya hingga
akhir kelas.
3 Februari
2013
Gerak kerja menjahit manik pada design diteruskan.
Kebanyakkan peserta telah menyiapkan 1 dari 2 design. Teknik jahitan yang kemas
berjaya diaplikasikan oleh peserta. Peserta pertama memulakan jahitan manik pada design kedua sekitar jam 9
pagi. Di akhir kelas, peserta dengan bimbingan tenaga pengajar telah menganggar kos bahan, upah dan jualan. Peserta juga panduan mengenai tempat dan cara untuk memasarkan hasil kerja mereka.
Disediakan
oleh:
Puan
Nur Hafizah binti Karim
Ketua
Tenaga Pengajar
Koperasi
Usahawan Giatmara Melaka Berhad
Sertai Rakan Koperasi 1kubsb ...dapatkan diskaun dan rebat tunai terus ke koperasi tuan/puan.
ReplyDelete