Sepanjang tempoh 2 tahun penubuhan Kogiat Melaka Berhad, pengurusan akaun adalah perkara yang paling mencabar. Penyediaan akaun bukan semata-mata urusan keluar masuk wang tetapi integriti dan penyediaan penyata kewangan. Pada awal tahun penubuhan, Kogiat Melaka Berhad menyediakan penyata kewangan dengan bantuan berbayar pada kadar yang berpatutan. Kami turut diundang ke Klinik Akaun anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Melaka) agar pengurusan akaun dan penyediaan penyata kewangan dapat disiapkan dengan tepat.
|
Klinik Akaun: 3&4 Julai 2012 |
|
Ramai individu yang tidak bersama dalam gerakan koperasi, kurang mengambil berat peri penting penyediaan penyata kewangan. Sebenarnya penyediaan penyata kewangan berkait rapat dengan mesyuarat agung tahunan bilamana anggota patut menerima laporan tahunan yang di dalamnya terkandung penyata kewangan yang telah diaudit oleh juruaudit yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tahunan yang terdahulu Notis Mesyuarat Agung UUK 28 (2) (c). Oleh yang demikian tidak boleh tidak, koperasi mesti menyediakan penyata kewangan yang telah siap diaudit untuk diedarkan kepada anggota sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu sebelum mesyuarat agung tahunan bermula.
Rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana Penyata Kewangan Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad Bagi Tahun Berakhir 2012 telah sedia untuk diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Melaka). Terima kasih juga kepada ANGKASA kerana telah menyediakan SPBA (Skim Pengurusan Berkomputer ANGKASA). Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad yang merupakan anggota ANGKASA pada 15 Mac 2012 telah memanfaatkan SPBA ini dan ia membantu mempercepatkan penyediaan penyata kewangan 4 bulan lebih awal. Bagi mesyuarat agung tahunan kali ini pula, kali pertama Kogiat Melaka Berhad akan menggunakan SISMA pula! SISMA juga disediakan oleh ANGKASA. Semoga tahun 2013 akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Setiausaha
Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad
No comments:
Post a Comment